Monday 9 October 2017

WASIAT

WASIAT





Apakah itu Wasiat?

Wasiat adalah satu pesanan dan ikrar sesesorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu maksud kebajikaan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas kematiannya. Wasiat juga diperakui dari sudut perundangan sebagai satu arahan begaimana aset anda diuruskan selepas berlakunya kematian. Untuk sesuatu wasiat diterima, pewasiat perlulah memenuhi criteria berikut sebagai satu kelayakan:

1.       Mencapai umur 18 tahun di Semenanjung dan Sarawak (21 tahun di Sabah).
2.       Sempurna akal.
3.       Bertindak sukarela tanpa paksaan.

Selain itu, untuk perakuan undang-undang, wasiat haruslah didokumenkan secara bertulis serta ditandatangani oleh pewasiat. Bagi tujuan pengesahan, penandatanganan wasiat haruslah disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki (atau 1 saksi lelaki dan 2 saksi wanita atau 4 saksi wanita) bagi wasiat Islam dan 2 orang saksi lelaki/wanita dalam wasiat konvensional. Saksi perlulah dilantik dari kalangan bukan penerima wasiat/waris/mempunyai kepentingan atas harta simati.



Kandungan Wasiat 

1.       Perlantikan wasi dan penjaga (elak tidak amanah).
2.       Maklumat waris (elak penafian hak).
3.       Maklumat  harta (semua tersenarai lengkap).
4.       Senarai hutang (elak amalan tergantung sebab hutang).
5.       Wasiyyah – Amal Jariah (1/3) (pahala berkekalan).
6.       Cara/Cadangan Pembahagian (persetujuan waris).
7.       Pesanan Kata-kata (nasihat & kata akhir bukan kewangan).



Golongan Kritikal Perlu Wasiat

1.       Pasangan dengan anak perempuan sahaja.
2.       Mereka yang berpoligami.
3.       Berkahwin semula selepas kematian pasangan.
4.       Pasangan yang ingin memberikan harta secara sama rata.
5.       Pasangan dengan anak istimewa (OKU).
6.       Pasangan ada anak bawah umur  (18 tahun).
7.       Belum berkahwin (bujang).
8.       Pasangan dengan anak angkat.
9.       Pasangan yang tiada anak.


KELEBIHAN UNIT AMANAH

Definisi

Unit Amanah adalah satu skim pelaburan kolektif yang direkabentuk untuk melindungi semua pelabur dari aspek perundangan. Pelaburan yang diterima akan digunakan oleh pengurus dana untuk dilaburkan dalam portfolio asset yang sesuai dengan strategi tabung tersebut. Terdapat pelbagai jenis tabung unit amanah. Ada yang melabur dalam pegangan saham yang juga dipanggil ekuiti, terdapat juga yang melabur dalam sekuriti yang memberikan pendapatan seperti bon kerajaan, sukuk dan lain-lain. Di dalam kumpulan ini, tabung akan terus dibahagikan kepada sub-kategori. Sebagai contoh, ekuiti boleh dikhaskan mengikut jumlah dana modal syarikat-syarikat yang dilaburkan.

Kelebihan Unit Amanah

Pelaburan yang Selamat

  1. Wang pelabur berada dalam tangan yang selamat. Walaupun pengurus dana membuat keputusan belian aset untuk pelabur, beliau tidak mempunyai akses secara terus kepada tunai yang sediaada. Struktur perundangan dan pemegang amanah dibentuk agar pihak ketiga tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang dari dana. Pihak Suruhanjaya Sekuriti mengawalselia dan memantau perjalanan system unit amanah. Selain itu, pelaburan dilaksanakan oleh professional yang mahir dalam pelaburan yang akan dilaksanakan.

Risiko Pelaburan Lazimnya Lebih Rendah

  1. Konsep tabung unit amanah adalah menyebarkan wang anda ke pelbagai pelaburan. Ini bermaksud sekiranya satu pelaburan tidak menjadi, pelabur tidak akan kehilangan semua tabungan. Walaubagaimanapun, sekiranya sesuatu pelaburan menunjukkan prestasi pelaburan yang sangat baik, keseluruhan pegangan tidak akan meningkat selari dengan nilai peningkatan tersebut. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa portfolio telah direndahkan risikonya sekaligus mempengaruhi potensi pulangan dengan menurunkannya. Bagaimanapun, ianya selesa untuk mengatakan bahawa tidak mungkin pelabur akan kehilangan kesemua dana dilaburkan secara tiba-tiba.

Mudah untuk Dijual

  1. Sekiranya pelabur memerlukan wang, ianya akan hanya mengambil masa kurang dari 10 hari bekerja bergantung kepada polisi syarikat pengendali dan tidak boleh melebihi tempoh tersebut sesuai dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermaksud ianya mempunyai kecairan yang agak tinggi dan sesuai digunakan untuk dana kecemasan.

Kemudahan untuk Memantau Prestasi Pelaburan

  1. Pelabur boleh memantau prestasi pelaburan menggunakan beberapa kaedah. Pelabur boleh mengakses penyata pelaburan secara atas talian menggunakan platform yang disediakan oleh pengendali atau jadual prestasi dalam mana-mana media pelaburan. Pengurus dana juga akan mengemaskini prestasi pelaburan dalam Fact Sheets. Fact sheets akan memberikan ringkasan mengenai prestasi pelaburan dan ke mana pelaburan dibuat.

Tidak Memerlukan Dana yang Besar untuk Melabur dalam Aset yang Besar

  1. Unit amanah direka bentuk untuk pelabur dari semua kategori julat pendapatan. Pelabur boleh memulakan pelaburan secara lump sums atau debit terus secara bulanan. Selain itu, Akaun 1 KWSP juga boleh digunakan untuk membuat pelaburan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Terdapat pengendali unit amanah yang menawarkan serendah RM100 untuk regular saving secara bulanan. Pelaburan bulanan membolehkan pelabur untuk membina amaun yang signifikan dalam jangkamasa panjang walaupun dengan pendapatan rendah. Bagi pelaburan lump sum, selalunya bermula dari hanya RM50,000 ke atas.

Thursday 6 July 2017

JUMLAH DITAKAFULKAN



Jumlah Ditakafulkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam keghairahan untuk mengejar status negara maju, Malaysia masih ketinggalan dari segi peratusan penduduk yang mempunyai perlindungan Takaful Hayat (atau insurans). Mengikut perangkaan, pada tahun 2016, hanya 56% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan takaful atau insurans hayat. Daripada peratusan ini, purata perlindungan adalah RM38,000 bagi setiap insurans hayat. Pada 14 Mac 2016, menurut perangkaan Persatuan Insurans Hayat Malaysia, 90% daripada 56% rakyat Malaysia yang mempunyai insurans hayat mempunyai sum assured yang lebih rendah dari keperluan sebenar yang diperlukan.  Ianya memberikan indikasi bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans samada masih kurang pengetahuan mengenai kepentingan jumlah diinsuranskan ataupun tidak pasti tentang bagaimana untuk mengira keperluan perlindungan.

Seperti yang kita sedia maklum, keperluan perlindungan untuk setiap orang adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor melibatkan kedudukan kewangan individu tersebut. Namun terdapat kaedah-kaedah pengiraan tertentu yang boleh kita gunakan sebagai asas bagi menentukan berapakah nilai sum assured yang perlu kita lindungi bagi membolehkan keluarga yang ditinggalkan mengecapi taraf hidup yang sama, sekiranya kematian terjadi kepada breadwinner. Asas yang sama dengan beberapa consideration tambahan boleh digunakan untuk menentukan perlindungan-perlindungan lain seperti kemalangan, kehilangan upaya kekal, penyakit kritikal dan lain-lain. Cara mudah untuk mengira amaun yang sesuai menentukan terlebih dahulu kekurangan dalam sumber sedia ada bagi mencapai objektif kewangan dengan mengikuti langkah-langkah pengiraan berikut:

1.   Menentukan jumlah kapital yang diperlukan untuk menyediakan pendapatan bulanan yang bersesuaian dengan taraf hidup semasa. Data yang diperlukan untuk pengiraan adalah berapakah keperluan tersebut secara tahunan.  Sekiranya anda dan keluarga memerlukan RM5,000.00 contohnya, maka asas sama boleh digunakan. Seterusnya kita perlu menentukan untuk berapa lamakah iainya perlu bertahan. Asas yang boleh digunakan juga bergantung kepada situasi, contohnya sehingga anak bongsu mencapai umur 25 tahun atau sehingga ibu mencapai umur 80 tahun dan lain-lain. Selain itu, kadar pulangan pelaburan mengikut pemacu pelaburan yang biasanya digunakan akan diambilkira dengan menolak efek inflasi. Dengan menggunakan data sediada dan formula Time Value of Money, kita akan dapat menentukan berapakah KAPITAL DIPERLUKAN untuk menjana RM5,000.00 ditambah dengan efek inflasi secara bulanan untuk jangkamasa yang kita tentukan tanpa perlu risau tentang pengurangan kuasa beli.

2.    Setelah selesai dengan jumlah capital, kita juga perlu memasukkan lain-lain perbelanjaan yang dirasakan penting untuk diselesaikan agar tidak mengurangkan jumlah capital. Sebagai contoh, perbelanjaan pengurusan jenazah, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, atau mungkin juga perbelanjaan untuk derma atau wakaf untuk kita setelah berlaku kematian. Semua perbelanjaan ini akan dijumlahkan dengan capital diperlukan sebagai KEPERLUAN TUNAI.

3.   Langkah seterusnya adalah menentukan kekurangan dalam menyediakan gentian pendapatan sekiranya risiko yang diinsuranskan menjadi kenyataan samada kematian, penyakit kritikal atau kehilangan upaya kekal. Langkah ini adalah menjumlahkan kesemua sumber-sumber sediada pada hari ini dan yang akan diperolehi setelah kematian seperti polisi insurans sediada, asset-aset fizikal yang akan dijual (perlu juga untuk mempertimbangkan di mana keluarga akan tinggal sekiranya dijual), simpanan tunai, pelaburan, tabungan persaraan seperti EPF dan PRS dan lain-lain asset. Jumlah kesemua ini kita namakan sebagai SUMBER SEDIADA.  

4.       Langkah terakhir adalah menentukan kekurangan dengan menggunakan formula:

KEKURANGAN = KAPITAL DIPERLUKAN + KEPERLUAN TUNAI – SUMBER SEDIADA


Ini Encik Ali
Berumur 35 tahun
Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak berumur 11 dan 9 tahun. Ingin tanggung anak sehingga 25 tahun
Pendapatan - RM5,000, Isteri – Surirumah
Pelaburan ASB – RM10,000
EPF – RM150,000
Rumah – RM260,000 (untuk diduduki keluarga)
Ingin meninggalkan RM10,000 untuk perbelanjaan pengurusan mayat dan RM15,000 untuk didermakan kepada rumah anak yatim di kawasan tempat tinggalnya. Baki pinjaman rumah RM120,000 dan baki pinjaman kenderaan RM5,600.
Telah mempunyai Polisi PRU- BSN Takaful dengan perlindungan asas sebanyak RM75,000
Kadar Pulangan Pelaburan 6% dan Inflasi 3.5%

Pengiraan :



Langkah 1 : KAPITAL DIPERLUKAN = Menggunakan TVM dapatkan PV dgn PMT RM60,000 (5000 p/month), Annual Rate% = 2.5% (6%-3.5%), Periods = 16 tahun (25 – 9) dan Annual Compounding at the beginning of term. Kita akan dapati keluarga En Ali memerlukan capital sebanyak RM802,882.66 untuk menjana RM60,000 setahun (RM5,000 sebulan).

Langkah 2 : KEPERLUAN TUNAI = RM 10,000 + RM15,000 + RM120,000 + RM5,600 = RM150,600.00.

Langkah 3 : SUMBER SEDIADA = RM150,000 + RM10,000 + RM75,000 = RM235,000.

Langkah 4 : KEKURANGAN = RM802,882.66 + RM150,600.00 – RM 235,000.00 = RM718,482.66.

Dengan pengiraan ini, En Ali mendapati bahawa perlindungannya masih mempunyai kekurangan sebanyak RM720,000.00.

PENING KEPALA NAK KIRA????? : HUBUNGI 0197570786... BIAR SAYA KIRAKAN... 

PENGURUS CAFE
Bertindak Sekarang 
Elak Sengsara Setelah Bersara